Monday, 30 September 2019

Bila Aku Nak Kahwin?

Aku taktau la aku depression ke hape bile sebut pasal kawen.
Mak suh kawen, stress tau tak. Disebabkan die mak, aku takleh nak jerit balik je. Kang derhaka pulak..hahah
Aku pernah menangis dlm tidur, mimpi nak explain kat mak aku je pun. Nak explain yg aku ni buruk, rakde lelaki nak. Jadi jgn paksa aku kawen. Aku bukan ada pakwe tapi taknak kawen. Pakwe pun aku xde, dan tak pernah ada pun. Dia tak paham. Aku pernah ckp dgn mak aku, jgn cakap pasal kawen dgn aku. Aku stress. Die buat gelak je, dan cakap lagi pasal kawen. Takkan nak ugut aku nak bunuh diri baru dia diam. Maybe aku kena jumpa doktor sakit jiwa kat hospital tu kot, suh doktor keluar surat jgn cakap pasal kawen kat aku gak nye baru dia diam. Sumpah aku benci cakap pasal kawen.

Tolong la someone cakap kat mak aku, jgn tanya lagi pasal kahwin. Aku benci. Aku tak suka mcm dia nampak terdesak nak aku kawen. Padahal aku okay je hidup single setakat sekarang ni. Aku bukan desperate sangat weyh.

Ari tu masa raya pun aku byk dok dapur, aku malas nak campur dgn tetamu dtg kalau diorang tanya bab kawen ni. Nape tak boleh biarkan aku bahagia dgn cara aku. Bahagia dgn cara aku single mcm ni. Aku tak susahkan orang.

Aku bukan menolak bab kahwen. Tapi aku tak terdesak nak kahwin. Naluri aku memang nak kahwin, especially bila orang yg rapat-rapat dgn aku kawen. Ingat aku tak sedih ke. Tapi bila aku try taknak pikir sbb benda ni boleh buat aku sedih, ada je mulut puaka suh aku kawen. Weh, aku single aku tak kacau orang la.

Aku nak langsaikan hutang. Nak travel dulu. Nak volunteer ikut mana-mana NGO. Aku suka cara Fynn Jamal, tak nak hidup atas hutang. Cukup la rumah pusaka yg ada. Aku tau, aku je yg boleh jaga rumah tu. Orang lain semua da berumah sendiri. Ntah la, tu aku malas nak fikir.

Time menulis ni pun aku tgh agak down. Orang yang aku sayang nak bertunang. Aku tgh teman beliau cari baju bertunang. Kau rasa aku kuat??? Aku cuma pura-pura kuat je.


No comments:

Post a Comment

mari menconteng (~*,)