Saturday, 4 February 2017

ALKisah...

Alkisah aku yg update blog 6 bulan sekali kekdahnye..
mengalahkan kesibukkan orang anak sepuluh...
k la.... bye

Thursday, 9 June 2016

28.May.2016 | Alhamdulillah... 25 tahun.

Alhamdulillah... genaplah sudah CikMira 25  tahun pada 28 MAy yang lepas.
cehhhhhh, hari ni baru nak update. Saja je, sebagai catatan sendiri sebelum diri ini terlupa.
Dan lesen pun mati hari tu jugak. HAri-hari doa jangan ada roadblock sementara nak menunggu 1 Jun tau tak.

macam biasa la masuk opis, keje jugak walaupun hari ahad. JAwab call macam biasa, sampailah ke petang. Dah pukul 3 macam tu, member sebelah aka Syasya & Yani kena panggil meeting. hurmmm, pehtu Amru pulak kena panggil meeting. Tinggal la jawab call dengan FAyadh, almaklumla mamat tu adherent mamat tu x meet. TL memang x bagi meeting la. Lama-lama orang lain pulak kena panggil meeting, aishhhh tengah jawab call pulak tu. Memang x la meeting nya

Habis call, naik atas...hurmmm, dah kantoi da kat pantry. Tapi kena halau x bagi masuk pantry, lepak la kat bilik locker kan.... hahahhaha.... dah agak da.... tapi x banyak gambar. sebab kat hp orang...

sumpah tak sangkaaaaaa!!!

thanks Syasya kerana menjadi matermind yang berjaya walaupun terkantoi...hahah

sebelum iolsss balik, iolsss dapat hadiahhhh... pukul 3 pagi jakun bukak hadiah balik dari keje tu...
tadaaaaaaa......
comey je... thanks a lot Syasya, kak ani, fayadh & Amru....
sumpah tak sangkaaaaa!!!! terharuuuuu sangat.... terfikir sendiri, mampukah aku layan korang macam ni nantiii??? thanks korang..... love uolssss!!!!!!

13&14.May.2016 | BFF- Eza Bigday.

Assalamiualaikum.
kali ni nak langsaikan entry my BFF a.k.a Eza kahwin.
Dulu Izzati kahwin beriya CikMigha story kat sini kan, rasa tak adil la kali ni tak mencoretkan sesuatu. Dahla masa tunang hari tu datang petang, tu pon sebab nak otw balik Shah Alam.

So, kali ni lengkaplah geng MIENAH gather.
Cuma cikH @ Cik HAjar sebok jadi photographer. So, gambar time hari nikah Eza, kami xlengkap.
Awal-awal lepas sah tu, kitorang biar je orangbergambar, lepas tu...hurmmmm...paham-paham jela kan...

ni namo eh MIENA + dikda... huhu
orang-orang pangkal namo eh ni... port landing depan pelamin..
tak pepasal abang camera masuk sekali..haha
 dan macam yang telah terjadi semasa wedding Zati dulu. Ada 1 scene yang berulang oleh orang yang sama. Jangan marah ye orang yang aku up kat sini..hhahahah




scene ni la paling takleh move on sekali.. hahahah
macam biasa lah, pengapit nangis ni. Kitorang dah jangka dah.
Esok tu beliau post gambar kat IG , caption punyolah panjang, cito eh pasal takleh move on Eza kahwin je..hahah

Esok tu hari sanding, Eza sangat la gojes pada ahri tersebut.
Masa dia tengah jalan nak gi pelamin tu, CikMira tak tau nape. Sebak tetiba.
Gembira sangat tengok kawan kita gembira kot. Air mata yg takleh nak diungkapkan dengan kata-kata. Airmata yang speechless. Ecececehhhhh





Le' Bride & Me...

buat Eza tersayang,
" Za, aku tumpang rasa gembira tengok kau kahwin. Aku sebak gila masa tengok kau jalan ke pelamin tu. Aku tak tau sebab apa aku nangis, even tengah menaip ni pun leleh gak la. Walaupun sejak kau pindah sekolah kita dah jarang contact, aku tetap sayang kau. 3 tahun kot dok sebelah-sebelah dalam kelaas, gaduh bertekak manja-manja. Kongsi kisah crush. Lepak lepas sekolah kat umah aku, gi kelas tambahan sesame, sume tu aku tak penah lupa. Sumpah rindu semua tu. Aku doakan kebahagiaan kau dengan Ijam sampai akhir hayat. Wallahi aku sayang kau.  Dah, aku pon dah tak paham ape aku merepek dah ni.. terpanjang pulekkkkks."

who's next??? confirm la bukan aku.
so, bulan 8 ni ain pulak, peh tu hajar & nurul.
dahhhh tinggal aku sorang.
MAk pulak bagi tempoh 6 bulan cari calon, pulakkkkkk dah.
peninggggggg makkkk!!!!
ni yang rasa nak gi pinang Remy Ishak ni..haishhhhhhh!

Wednesday, 8 June 2016

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Assalamualaikum.... selamat berpuasa rakan-rakan... tahun ni sambut puasa di Shah Alam je. MAk pon datang sini, ohhhh bahagia. Tapi 1 Ramadhan keje dan keje 12 jam pulak tu... Longlai beb pukul 7.00 mlm nak jawab call tu. Bayangkan kau jawab call dari 9.00 pagi - 9.00 mlm tanpa minum air. Bercakap non-stop, kena maki dengan customer lagi. huishhhhh

Pengalaman bukak puasa tahun ni kat floor bertemankan rakan-rakan 1 shift dan shift petang jela.
makanan provided by company la. Alhamdulillah. Save la jugak..huhu


juadah 1 ramadhan..Alhamdulillah
kenyang jugak menanti balik rumah tu...huhu.. balik rumah melantak lain pulak..hehehhe

So, hari ni cuti,  Alhamdulillah dapat berbuka kat rumah.


dok rumah layan buah hati siap boleh update blog lagi ni..huhuhu

malam ni memang mambayar hutang entry tertunggak walaupun dah out-of-date.
Tapi ado den kesah, blog den. Den nak tulih yo sebolom den lupo.
k da, adiosssaaaa!!!