Sunday, 11 May 2014

Jangan Sesekali Mengeluh..

masuk cuti sekolah hujung bulan ni, dah 4 wedding invitation cikMira terlepas...
rasa bersalah gila, sebab yang kawin tu semua kawan-kawan yang agak rapat... zakre, kaktimah, zati...
takde rezeki aku nak pergi hari bahagia korang..terima kasih sebab jemput. T.T

lepas tu kadang-kadang diri ni mengeluh, "kalau la aku dah grad, mesti dapat pergi kan..."
mengeluh hidup berjauhan macam ni dengan keluarga...
menyesal sebab tak belajar betul-betul, kalau tak mesti dah habis belajar...
"kalau la aku tak extend...." ....

lepas tu pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam, muhasabah diri...
kenapa Allah letak diri cikMira kat mana cikMira sekarang...
semua ni ada hikmah yang tak mampu kita nak ungkap...
mungkin kita belum nampak, tapi Allah tahu apa yang terbaik...

percaya dengan setiap aturan perjalanan yang Allah dah tetapkan...
jangan mengeluh, tapi terus berdoa supaya Allah bagi petunjuk terbaik bagi kita teruskan perjalanan...
jangan putus asa, perjalanan kita bukan berhenti kat sini...
Alhamdulillah, tak lama lagi nak habis....

doa yang terbaik untuk diri kita dan orang sekeliling... :)


InshaaAllah :)

1 comment:

  1. chayok! nk abes da pun..lgi bpa bulan jer..

    ReplyDelete

mari menconteng (~*,)