Friday, 28 June 2013

"habis madu sepah dibuang".. ehhh, tak buang laaaaaa

dulu, aku tinggal bahagia disini... aku diberi tempat tinggal di level yang paling atas... aku merupakan kepentingan harian oleh tuanku.. sebelum beliau hendak ke mana-mana samada ke kelas, ke The Spring, ke kelas gymrama mahupon berdating (2 part yg last tu tipu...), pasti beliau akan mencapai ku dan menyarungkan ke kakinya yang comel lagi gebu itu...

apabila pulang, beliau akan mencapak aku ke dalam baldi dan akan dirndam dengan sabun briz... uhhh,,aku suka!!!! kemudian beliau akan memberus tubuhku sehingga bersih.. apabila kering, aku digulung dan diletakkan semula bersama rakan2ku yang lain ditempat yang sama... begitulah rutin harianku bersamma tuan ku yang gila akan bangsa-bangsa sejenis denganku.... sungguh psiko!!!

disinilah aku tinggal...kondominium 5 tingkat..
 tetapi....... (awan hitam mula berarak dilangit...petir sabung menyabung ayam... kilat menyambar kepak ayam jantan yang baru nak mengeliat..) - ok, cukup!

tiba-tiba pada suatu hari tuan ku telah melihat sesuatu dan berminat untuk membawa pulang ke rumah... oooohh, gusar sungguh hati ku... tuan ku pun mula mengeluarkan mereka dari plastik... disusunnye satu persatu, kemudian dicapainya kamera zaman batu nya itu... klik...klik... bunyi kedengarann... sesekali aku terdengar beliau bercakap sendirian.. "tak cantik..tak cantikk..." , "flash la pulak, gelap.." sehingga beliau puas hati... beliau membawa mereka kearahku... hatiku berdebar kencang... sekencang taufan ribut di luar...ottttttttoke????

alangkah terkejutnya aku apabila melihat apa yang dibawa oleh tuanku itu...ohhh noooooo!

muke semua bajet comel!!! tumbuk baru tau.....

tuan ku pon memulakan kerja beliau...diambil 1 demi satu.....digulung dengan penuh kasih sayang seperti mana beliau sering buat terhadap ku saban hari... setelah siap menggulung, beliau mengarahkanku dan rakan2ku keluar dari kondominium yang kudiami tanpa sebarang notis...notis 24jam pon idokkkk!

aku dilambakkan ke bawah....ohhh, pilu hatiku..... sampai hati kau tuan yang ku berbakti selama ini....
dengan gelak jahat smabil pandang kearah kami, beliau menyusun mereka2 yang bajet comel tu ke dalam kondominium lama kami itu... beliau tersenyum puas melihat hasil kerja beliau.

perampassssss!
aku tidak mahu berharap lagi....maka aku pon mencari tempat berteduh yang baru....aku pasti tuanku tak akan mencri ku lagi.... sungguh kejam manusia seperti beliau!!! sob sob sob sob...

aku sungguh terharu apabila masih ada lagi insan yang baik hati ingin memberi ruang untuk kami menumpang teduh... terima kasih cik tuduung... walaupun sempit di celahan keluarga cik tudung, tetapi cukup la daripada merempat didalam luggage... ala-ala teduhan kasih la ni..heheh

"peace..." kami dan ciktudung...
semenjak itu, kami menjalani hidup yang low profile di tingkat bawah kondo tersebut... kadang2 kami ada juga dipanggil oleh tuan untuk menyarung kakinya yang sejuk time tido... oooh, sungguh pilih kasih.... tapi apakan daya, aku hanyalah sepasang stokin yang disarungkan di kaki tembam seorang manusia bernama cikMira....

buat mereka yang diatas sana, korang tunggu la budak kaki tembam tu jumpa stokin lagi comel dari korang...sure2 kena campak kat bawah gak....mueehehhehehehheheh (gelak jahat!):P



.
.
.



: : ape motif aku taip pepanjang ni....... saje nak show off stokin comel...muahahaahhahaha





2 comments:

  1. comel2 stokin tu...kesian kena letak ke tepi..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau letak sekali penuh...asyik tergolek ke bawah je...last2 letak bawah terus..huhu

      Delete

mari menconteng (~*,)