Mak selalu cakap...dia la anak yang paling BERTUAH..... bila mak bercerita tentang dia dalam kalangan keluarga kami, mak selalu melabel dia sebagai anak mak yang BERTUAH..... dah bertahun mak sebut dia dengan gelaran 'anak BERTUAH' mak.... mungkin sejak dari kecik mak dah panggil dia BERTUAH.
Dialah anak mak yang sungguh BERTUAH....
Kata-kata yang keluar dari mulut seorang ibu juga adalah doa...doa untuk anaknya....anaknya yang BERTUAH... untung sungguh jika diri ini menjadi anak mak yang paling BERTUAH seperti dia.... doa mak memang termakbul....dialah anak mak yang yang aku rasakan sangat BERTUAH....
Tanggal 6 Jun 2012...doa mak yang dah bertahun terucap hari ini termakbul... dialah anak mak yang paling BERTUAH... pagi tu, sebelum subuh... awal pagi anak mak yang BERTUAH ini dijemput untuk kembali kepada Penciptanya.... segala urusan anak mak yang BERTUAH sungguh lancar... tiada yang tergendala, BERTUAH sungguh anak mak yang seorang ni....
Masuk sahaja waktu solat zohor.....anak mak yang BERTUAH ni dah siap...dengan wajah tenang menanti untuk dipertemukan dengan Cinta Abadi. Walaupun hari ni hari pejabat bekerja, ramai sahabat-sahabat anak mak yang BERTUAH datang menziarah.... anak mak yang BERTUAH ni disolatkan oleh jemaah masjid sesudah solat Zohor disertai sahabat dan ahli keluarga...BERTUAH kalau jadi anak mak yang ni kan??? mak cakap, masa ni langit gelap sangat dan hujan turun....tapi selesai je solat jenazah, hari terang semula dan panas... BERTUAH anak mak.... semua kaum keluarga dan sahabat handai menghantar anak mak yang BERTUAH buat kali terakhir.... menghantar anak mak yang BERTUAH ni kepada Sang Pencipta.... perginya anak mak yang BERTUAH ni takkan kembali lagi, kekal dan abadi di sana..
BERTUAH anak mak yang ni, pergi pada usia yang muda....tu tandanya Allah sayang.... abah dulu pon macam tu....orang yang baik Allah jaga, cepat sungguh Allah pertemukan mereka dengan jodoh yang bernama Ajal tu... jodoh ni lah yang bawak mereka untuk mengahadap Sang Pencipta... Sang Pencipta iaitu cinta yang abadi dan kekal mereka.... Alhamdulillah.
Semoga anak mak yang BERTUAH ni dan abah ditempatkan roh mereka bersama-sama mukmin yang lain di sisi-Nya.
Amiin...
MOHD SAMSUL BIN ZAINAL ABIDIN
(1972-2012)
sabarye Mira..in syaa ALLah..semoga dia ditempatkan dengan org yg beriman..Amin...
ReplyDeleteSemoge dia bahagia disana bertemu cinta yg maha mencipta . aminn
ReplyDelete