Sunday, 8 May 2016

Aku...Shah Alam.

Malam ni rasa nak merepek pulak lepas lamax merepek kat sini...

Ape kena kau dengan Shah Alamye mira oiii??? sebab banyak sangat memori... ni lah tempat pertama aku cari kerja, keluar dari kampung.. rasa hidup sendiri... walaupun sebelum ni 4 tahun merantau kat Sarawak, tu masa belajar dan hidup kena tanggung lagi.

Masa tu ambil keputusan nak keje, ade geng ajak a.k.a partner-in-crime ku iaitu Aben. Kerja kat DHL seksyen 21 declare borang kastam. Interview punya sempoi, kat kedai mamak dengan bos. Minggu depan terus start. 15 September 2014, kitorang start kerja. Menyewa kat Seksyen 16, bilik kecik rumah flat. Masa tu mula rapat dengan fatul. Orang selalu tolong kalau aku dgn aben susah. Pergh, xleh nak ingat semua tu.

Gaji kecik je. Tapi lepas la tampung duit minyak, sewa dgn makan. Walaupun selalu sesak sebab gaji tetiap bulan lambat masuk. Paling heaven masa Arwah daddy keluar hospital Tuanku Mizan dan duduk rumah Alang. Tengahari je balik makan. 5 minit je kot dari opis. Mak pulak kejenye asyik roger suh balik makan tengahari. Bahagia gila kot. Angkut la si aben dgn fatul balikmakan sekali. Sebulan lebih jugak la heaven tu sampai la daddy kata nak balik kampung. Okay, kena reda la kan.

Hidup kena teruskan macam biasa. Sampai la tanggal 22 Jan 2015, daddy dijemput kembali pada penciptanya. Hari aku interview kat Sunway Berhad, pagi tu telefon mak. Mak nangis, aku x tau nape. Aku pon nangis, tp mak kata jangan risau daddy ok. Tapi mak nangis. Aku rasa tak sedap hati hari tu. Habis interview, masa jalan nak gi tempat parking aku jatuh tersadung. Tak tau kenapa. Balik rumah, siap2 nak masuk opis sebab halfday je. Sampai ofis, bangtam call bagitau daddy dah takde. Patutlah mak nangis masa aku call pagi tu, rupa-rupanya daddy tengah nazak. Tapi mak x nak bagitau, sebab aku nak interview. 2 hari lepas tu aku amik keputusan resign 24 jam walaupun bos pujuk, bagi cuti sampai aku ready. Demi mak, aku tolak pujukan bos tu. Aku balik Shah Alam 4 hari lepas tu. Hari ambil barang kat DHL, dapat call utk 2nd interview kat Sunway. Alhamdulillah, nampak peluang macam cerah. Tapi aku tolak jugak. Aku balik kampung, tinggalkan Shah Alam.

Lepas 5 bulan macam tu, aku cari kerja. Mak pun dah ok. Dapatlah kerja kat Damansara. Maka bermastautin lah di Setia Alam, rumah bangmok. Aku balik sini, semua dah berubah. Aben ada lagi kat Shah Alam masa tu. Tapi kawan-kawan lain , Fattah Muiz Fatul sume takde da. DHL pon dah pindah OneCity. Semua geng2 dah xde situ. Selalu gak angkut aben dating walaupun aku keje kat Damansara.

Sekarang hari-hari lalu Shah Alam time pegi balik keje sebab nak jimat duit tol punye psl. Tapi rasa lost sangat setiap kali lalu tempat-tempat yang ada kenangan dulu. Aben dah takde kat sini. Aben kat kampung. Sedih gile. Lalu seksyen 20 , seksyen 15, seksyen 7. Sedih. Sesat sana sini kat Shah Alam. Keluar makan kat Shah Alam, gi byr saman kat MBSA la, menggila dengan Aben , Fatul. H
Dok gelak dalam kereta dengan Aben padahal xtau gelak pasal ape. Siyessss aku rindu setiap kali lalu tempat2 ni. Tempat beli pisang goreng cheese.

Sebab apa aku tulis ni malam ni,sebab aku rindu. Aku takut lama-lama nanti aku lupa. So, aku tulis kat sini.

Dan malam ni masa balik keje tadi, aku lalu kat Elit highway sebab xnak mengelamun layan rindu.

Tulah, tengah tunggu la ni seseorang utk create memories kat Shah Alam. Maybe one day kan, sape tau.huhuhu

K la nak tido... aku pon tak tau ape aku merepek ni....muahhhh

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

mari menconteng (~*,)