Friday, 29 November 2013

I'm Proud to be ANAK BONGSU! hoho

holla peeps!!!

bila cakap pasal 'anak bongsu, mesti ramai yg dalam otak dorang fikir anak bongsu ni manja, gedik, kuat merajuk, degil dan sebagainya... jadi, saya sebagai anak bongsu ingin mempertahankan & memperbetulkan tanggapan anda anda dan anda itu...(bajettt ko lawyer? majistret???)

hehhe... takde la....meh kite share sikit ciri-ciri kami ni...hewhewhew



sumber Uncle Google


lagi fakta dari aktiviti mengGOOGLING...

Anak bongsu memiliki sifat fun (menyenangkan) dan manja disebabkan oleh mempunyai kakak-kakak dan abang-abang di atasnya jadi dia merasa bergantung kepada kakak atau orang tuanya (pada umumnya tapi tidak semestinya. ade juga yang independent). Selalunya anak bongsu dikatakan kurang sesuai untuk jadi seorang pemimpin kerana kurang tegas (tidak semuanya). Positif nya jadi anak bongsu ini umumnya berbadan paling sihat, jarang mengalami sakit apatahlagi penyakit yang berat-berat (kronik), dan biasanya paling awet muda (baby face la gitu.hahaha). 
*urmmmmmmm, fakta last tu 99.9% betul la... hihi


Sifat negatif anak bongsu adalah sangat boros! *ehemmmmm...



Biasa mereka memiliki pembawaan yang menyenangkan seperti pandai bergaul, popular tetapi mudah membuat orang jatuh hati (orang berasa senang dan suka berdampingan dengannya).
*maybe kat atas tu stated anak bongsu ni ramai peminat, retissss plak ahkaaak rase..-muntah hijau!

Mereka juga tergolong amat mudah dipuaskan dan saat terlibat dalam hubungan percintaan mereka biasanya sangat terpaku dengan hubungan tersebut. Perhatian yang kecil saja sudah cukup membuat anak bungsu “bertekuk lutut” (haaa..tengok perhatian nak sikit je. mane ade ngade2 :D).
*okay, ahkaaak takde pengalaman la diknonn..hew..

Tetapi di balik sifatnya yang menyenangkan, jangan sekali-sekali anda mencuba untuk mendominasi anak bungsu. Kerana mereka memiliki kecenderungan kuat untuk menentang atau paling tidak mempertanyakan authority. Mereka lebih suka dianggap seiring dengan pasangannya daripada dipandang sebagai menurut kepada pasangannya. Hal positif lain dari anak bungsu adalah berani ambil risiko, bertolak ansur, peramah serta kreatif. Mereka juga memiliki selera humor dan sifat kelakar yang paling baik.


*cakap je saya garang..saya kepahaman..

ni part paling I suke....

Dalam hal jodoh, anak bongsu boleh serasi dengan semuanya, namun paling ideal dengan anak sulung atau yang berfikiran dewasa untuk motivate dorang. Ini kerana anak bongsu orangya tidak terlalu memilih asalkan boleh mendapatkan jodohnya itu seorang yang baik. :)
*tetibe tersenyum sendirian, anak sulung ek?? dah ade depan mate, cuma kena ngorat sikit je lagi...ahaaakkkks!

ni sekadar perkongsian, menarik minat pulakkkk...ahakkks -lame
tak kira la anda anak sulung ke, tengah ke, bongsu ke, janji jadi anak yg berguna k

adiosssa!



No comments:

Post a Comment

mari menconteng (~*,)