Monday, 30 September 2019

Bila Aku Nak Kahwin?

Aku taktau la aku depression ke hape bile sebut pasal kawen.
Mak suh kawen, stress tau tak. Disebabkan die mak, aku takleh nak jerit balik je. Kang derhaka pulak..hahah
Aku pernah menangis dlm tidur, mimpi nak explain kat mak aku je pun. Nak explain yg aku ni buruk, rakde lelaki nak. Jadi jgn paksa aku kawen. Aku bukan ada pakwe tapi taknak kawen. Pakwe pun aku xde, dan tak pernah ada pun. Dia tak paham. Aku pernah ckp dgn mak aku, jgn cakap pasal kawen dgn aku. Aku stress. Die buat gelak je, dan cakap lagi pasal kawen. Takkan nak ugut aku nak bunuh diri baru dia diam. Maybe aku kena jumpa doktor sakit jiwa kat hospital tu kot, suh doktor keluar surat jgn cakap pasal kawen kat aku gak nye baru dia diam. Sumpah aku benci cakap pasal kawen.

Tolong la someone cakap kat mak aku, jgn tanya lagi pasal kahwin. Aku benci. Aku tak suka mcm dia nampak terdesak nak aku kawen. Padahal aku okay je hidup single setakat sekarang ni. Aku bukan desperate sangat weyh.

Ari tu masa raya pun aku byk dok dapur, aku malas nak campur dgn tetamu dtg kalau diorang tanya bab kawen ni. Nape tak boleh biarkan aku bahagia dgn cara aku. Bahagia dgn cara aku single mcm ni. Aku tak susahkan orang.

Aku bukan menolak bab kahwen. Tapi aku tak terdesak nak kahwin. Naluri aku memang nak kahwin, especially bila orang yg rapat-rapat dgn aku kawen. Ingat aku tak sedih ke. Tapi bila aku try taknak pikir sbb benda ni boleh buat aku sedih, ada je mulut puaka suh aku kawen. Weh, aku single aku tak kacau orang la.

Aku nak langsaikan hutang. Nak travel dulu. Nak volunteer ikut mana-mana NGO. Aku suka cara Fynn Jamal, tak nak hidup atas hutang. Cukup la rumah pusaka yg ada. Aku tau, aku je yg boleh jaga rumah tu. Orang lain semua da berumah sendiri. Ntah la, tu aku malas nak fikir.

Time menulis ni pun aku tgh agak down. Orang yang aku sayang nak bertunang. Aku tgh teman beliau cari baju bertunang. Kau rasa aku kuat??? Aku cuma pura-pura kuat je.


Tuesday, 10 September 2019

Aku Cakap Pasal Jodoh.

Aku tak pernah bercinta, sorang pakwe pun aku tak pernah ada..
Apatah lagi kata nak kahwin tu, jauh bebenau.

Cuma aku nak coretkan sesuatu.
Pasal hati, perasaan dan jodoh.

Tipulah kalau aku tak pernah teringin nak berlaki tu, acah2 sweet mcm drama akasia..puihhh
Yela, member-member rapat semua dah kawen. Dalam group MIENAH, tinggal aku sorang. Dalam group TM, tinggal aku sorang. Cuma tempat selamat, dalam group telaga ayor๐Ÿ˜‚ sbb aku elsy ngn rezik lom kawen...hahaa

Aku pernah question jugak, orang lain gemuk jugak. Ada je boyfriend, ade je orang nak ajak diorang kahwin. Tapi aku, sorang lelaki pun tak pernah nak pandang. Okay, sampai sini aku emosional sikit. Mesti rasa nak merebeh je๐Ÿ˜‚ Aku rasa tak kuat bila ckp pasal ni. Bukan aku tak bersyukur. Cuma aku manusia biasa jugak. Ada masa aku rapuh, koyak. Nangis sorang-sorang tu perkara biasa. Ada masa aku langsi sangat, gi mana2 sorang pun xda hal.

Aku pernah je kenal dgn lelaki kat web chatting aka laman cari jodoh tu semua. Member try kenen-kenenkan dgn member diorang. Mcm-mcm usaha la. Baru-baru ni aku kenal dgn budak gemas. Aku ok je chat dgn dia sbb dia x merepek dan pernah berbaur lucah kalau borak tu. Review jujur dr aku..hahah. Katanya pernah patah hati jugak, putus tunang. Betul ke tak, aku tak tau. Wallahualam. Just kenal-kenal tanya background bagai dlm sebulan. Ajak nikah. Dengan tak pernah jumpa bagai. Ingat ni ajak aku gi bahau ko apo gak eh. Tp tak pernah tunjuk effort pon nak jumpa aku, walaupun aku bg hint. Tp nak ajak nikah.. Apooo!

Dia pernah tnya aku ade feeling ke tak kat dia. Tipula kalau takde kan. Cuma aku ckp, ada la dlm 10%. Sbb aku mmg tak letak harapan tinggi pun. Sis dah 28 tahun dik, faham sgt permainan mamat2 kat web cari jodoh ni..lepas sebulan, sonyap... Takdo kabar berito. Kan sis dah ckp, paham bona dgn game diorang ni๐Ÿ˜† yg dikenen-kenenkan pon, dia siap ckp sis sombong sbb x jawab call. Padahal, misscall pun tak masuk. Sbb bukan semua lelaki boleh terima fizikal pompuan mcm aku ni.

Aku letak kurang dr 10% sebab sayang hati sendiri dulu, sebelum sayang orang lain. Kalau tak menjadi apa yg dirancang pun, damage tu takda la teruk sangat. Walaupun aku ada je crush kat mamat mata sepet sorang ni, aku buat untuk cuci mata, tengok-tengok jela. Takde plak sis try dia, sbb sis sedar diri. Sakit wooo kena reject! Hahahaha.... Sis dah pernah rasa semua tu diknon๐Ÿ˜

Bila aku fikir-fikir balik, renung nasib bila dok tepi tingkap tu kan. Aku bersyukur benda ni banyak hikmah. Antaranya, aku boleh balik tetiap minggu jenguk mak, tidur dgn mak. Kalau mak nk gi hospital, aku boleh hantar,ambik cuti. Aku teringat, aku pernah janji kat diri sendiri, nak bercinta lepas kahwin. So, mungkin Allah jaga tu semua sebab nak jaga hati aku. Jaga hati aku selagi aku belum jumpa jodoh aku. Jaga hati aku drpd hancur disebabkan orang yang tak sepatutnya. Aku redha. Aku rasa lapang hati.

Sabar. Doa yang baik-baik. Allah hadirkan sesuatu tu tepat pada masanya. Doakan je hati aku kuat. Emosi aku kuat.๐Ÿ’–


Friday, 30 August 2019

Entah

Entah...
Aku tak tau nak menulis kat mana...
Aku nak tempat yg kurang orang baca...

Terbeban sgt jiwa aku sekarang...
Sepatutnya aku xperlu tahu hal kisah silam yg lalu...
Kisah silam keluarga sendiri...

Aku nak jaga keluarga aku...
Biar kami sesama kami je...
Mak aku...adik beradik aku...
Tak perlu campur dgn org luar...

Aku bukan jenis share masalah rumah tangga kami semua depan khalayak...
Apatah lagi nak tayang kat media sosial...
I need my time...

Entahhh...
Aku pun tak tau nak sampai kan apa...
Cuma nak meluah...sbb aku mcm xmampu simpan sorang.


Saturday, 16 March 2019

Kegigihan Aku..

Kegigihan aku edit blog... Padahal readers ntah ramai mana dah sekarang ni.. hoho
Takpela... aku simpan sebagai kenangan atau coretan aku yg tak terluah secara verbal je kat sini...